TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN (W17)

Assalamualaikum w.b.t


Pada hari ini bersamaan dengan 8 Mei 2015 merupakan tarikh aku dipanggil untuk di temuramah..eh temuduga.Temuduga yang berjawatan Pembantu Tandbir Kewangan (W17).

Sejujurmya aku tidak membuat apa-apa persediaan langsung untuk temuduga ini. Aku hanya layari sesawang untuk tips sahaja. Banyak yang bagitahu supaya ulangkaji berkenaan isu semasa, berkenaan jawatan, menteri-menteri dan macam-macam lagi.

Disebabkan aku sibuk dengan kerja (kerja kontrak je), tiada masa untuk menalaah semua. Malam tadi juga lah baru aku print/copy semua lampiran yang diperlukan. Cari balik sijil-sijil dan susun dalam fail.



Tempat temuduga di Jalan Cenderasari,KL. Disana memang tempat untuk temuduga sahaja. Ada 1 block, 3 tingkat. Parking sangat limited. Siapa lambat, parking tepi jalan (bahaya)

Dalam surat, waktu temuduga pukul 9.21 pagi. Aku sampai dalam pukul 8.11 pagi. Awal kan? Yelaa, nanti takut sesat, ini kan temuduga yang pertama kali. 8.30pagi baru keluar dari kereta, cari tempat rupanya di tingkat 2.

Sampai tingkat 2, rupa-rupanya sudah ada dalam 10 orang menunggu. Menunggu giliran untuk angka giliran. BUKAN tunggu di temuduga yaa..Hari ini ada 3 lagi temuduga untuk jawatan lain. tapi aku tak pasti apakah jawatan itu..Apabila tiba masa, aku orang yang ke-3..dalam hati, alamak! nanti kena tanya soalan berkenan isu, gst  nak jawab apa? aku tak buat ulangkaji langsung. Bual dengan calon yang pertama, dia cakap penemuduga tanya soklan biasa ja..tak ada langsung pasal isu-isu,kewangan semua lah.

Ting tong...no 0903..giliran aku...

Masuk, bagi sijil-sijil dan duduk.. Ada 2 orang penemuduga, seorang lelaki, seorang wanita. Seperti biasa, aku dikehendaki menerangkan latar belakang diri, pendidikan dan pengalaman kerja.
Sudah selesai cerita, penemuduga suruh aku cerita pasal kerja aku sekarang. Siap tanya gaji lagi.
Then mereka soal, kenapa pilih jawatan ini disebabkan aku memiliki sijil ijazah. Aku jawab lah, aku tak dapat pun temuduga yang lain dan ini merupakan yang pertama kali. Mostly penemuduga ni tanya macam mana aku nak sara diri dengan gaji kecil berbanding sekarang. Tiada satu pun soalan berkaitan kerajaan, menteri dan GST. So simple.. 

Maybe jawatan tu sudah ada calon yang sesuai? mungkin sebab aku memang tidak akan terpilih? Wallahu 'Alam. Sekarang ni tunggu je la 15/6 untuk jawapannya.. Yang pasti aku lega sebab tidak ditanya dengan soalan-soalan yang mencabar...










Comments

  1. lamatak awak tunggu keputusan untuk interview? i means nak iv.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts