Panggilan Haji 1435H / 2014

Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi kerana bagi peluang kepadaku untuk mengerjakan Haji pada usia muda...eh,tak lah muda sangat, tapi bawah 30tahun, kira muda lah kan.. ;)

Surat panggilan diterima pada bulan February 2014. Tabung Haji bagi tempoh 2 minggu untuk bagi jawapan samada tolak/terima/tunda. Setelah 3x tunda, inilah masanya tiba giliran ku...lagipun belajar dah habis, kerja cuti boleh apply. So, cari mahram then reply surat.


Oh ya, ramai yang tertanya-tanya kenapa dapat awal...ada orang dalam ke? Alhamdulillah, Allah buka pintu hati emak saya untuk mendaftarkan nama aku dan adik sejak dari kecil. kalau ikot system tabung haji, aku daftar dari 2001..so..14 tahun jugak tunggu turn kan...jadi rasanya tak perlu lah nak ungkit macam mana dapat panggilan ye..rezeki masing-masing.


bermulah pencarian mahram bagi kami berdua disebabkan kami ni tidak berkahwin lagi. kenapa tak bapa sendiri? ayah cakap, bagi lah peluang dekat orang lain pulak, yela..dia dah 2x pergi haji. oleh sebab adik beradik ayah ada 7 orang lelaki, kami pun dok tanya sorang demi sorang siapa yang sanggup jadi mahram kami. Akhirnya, adik ayah yang ke- 7 atau 8, Pakcik Ramli yang bagi respon. 

oh ya, bukan cari mahram and terus settle ok. Banyak lagi process kena lalui. Syarat bagi mahram tu :

1) pakcik sudah berdaftar untuk pergi haji
2) dapatkan pengesahan dari JPN yang menyatakan pakcik adalah adik beradik dengan ayah
3) kena pergi suruhanjaya sumpah dan dapatkan pengesahan - yang ni ayah sendiri kena angkat sumpah.
4) adik beradik sebelah bapa
5) lain-lain. refer surat bila dah dapat

Once sudah reply surat jawapan, kenalah pergi kursus asas haji..yela..untuk lengkap diri dengan ilmu haji. Tempat kursus boleh refer di website TH sendiri. Kursus Haji ni ada 3 frasa, 2 je sahaja yang sempat aku pergi sebab tak cukup cuti. Kursus Haji Asas la yang paling penting sebab ustaz ajar detail pasal haji.. yang ni aku rasa siapa yang tak pergi memang rugi.

Dalam tempoh masa pergi kelas tu, kita kena bersiap sedia dari segi kesihatan juga. aku ambil 3 injection..tak ingat nama injection dia..2 injection buat dekat klinik luar (guna duit sndiri) lagi 1, TH sendiri yang sponsor. 

TH akan buat check up untuk bakal jemaah.Dari situ lah ada bakal jemaah yang mungkin akan keciwa disebabkan kesihatan diri mereka. That's why health is the most important thing into your life.

Apabila semua sudah lengkap, doctor sudah approve, then tibalah masa untuk serahan passport. Ini untuk dapatkan visa dari Arab Saudi. time ni lah kita serahkan details pasal mahram tu (surat2 pengesahan). semua sudah bagi, jadi berdoa dan tawakal je tinggal agar dapat visa.

Alhamdulillah, Allah murahkan lagi rezeki dan jalan bagi kami..TH menghantar surat pengesahan tarikh dan flight. Kami 3 beranak tergolong dalam kumpulan KT01 yakni penerbangan pertama bagi jemaah Haji dan juga yang pertama yang balik ke Malaysia.


Orang ramai cakap, siapa yang penerbangan pertama ni selalunya istimewa sikit..hee...Alhamdulillah, syukran Ya Allah...





Comments

Popular Posts