Musim spring lepas (end of April to earlier of May 2013),
aku dengan 5 kawan yang lain terbang ke Seoul, Korea. Excited tu tak boleh kira
lah..Kali ni Paan jadi ketua, so dia yang buat itinerary. Kami terbang ke sana
dalam 6 hari dan jadual dekat sana semuanya Paan yang buat. Memang kagum la
sebab dia siap buat dalam excel, siap calculate, masa, tambang and
transportation on there. I’m salute you Paan! Hehehe J
Our flight was scheduled on the midnight from LCCT and were
safely landed on 8.00++ morning at Incheon, Korea. Before nak sampai turn dekat
kaunter immigration tu, macam biase la, selfie beramai-ramai…sekali kena sound
dengan polis dekat sana., tak bagi ambil picture around that area. Huh! Kedekut
tol..bukannya ada details information pasal country dia pun..
|
welcome to korea~ once we disembark from flight |
Dah selesai declare and what so ever, kami pun melilau cari
7E! tujuan pertama, mencari T-Money. T-Money tu samalah function dia dengan TnG dekat KL ni.sebab
kawan kami dah inform awal-awal suruh beli kad tu kt 7E yg berada di dalam
kawasan airport. Punya lah melilau cari 7E tak jumpa, yang jumpa student korea
but can speak malay! Not so malay lah, but it’s indon..haha…dia study di
Indonesia, so kira boleh lah kan cakap melayu..tanya dia mana 7E, tapi
hampa..dia tak tahu…aduii..kira kami rugi masa jugak lah sebab mencari 7E.
Aku ni memang tak boleh tahan sebab tak jumpa, so pergi
melilau cari sendiri sebab diaorang tak abes lagi bercerita dengan student
tu..tah apa dorang borak kan tak tahulah. At last, aku jumpa jugak 7E and terus
bagitahu mereka. Kawan kami dah pesan top-up dalam 30000 won. Kad tu lama harga 2000+ won. If tak cukup
nanti boleh top-up dekat subway. So, kami tak boleh bayangkan lagi macam mana
and terus je beli and topup 30000won. Selesai membeli, misi mencari bas station
untuk pergi ke guethouse kami Inside Backpackers di Sun Kyun Kwan.
|
T-Money..like TnG in Malaysia |
Tambang shuttle from Incheon direct to Sung Kyun Kwan adalah
10000 won. Paan dengan bangganya tunjuk kupon 1000 won yang dia print dari website.
Kira kalau ada kupon tu, ada diskaun lah, bayar 9000 won je tambang..disebabkan
guna T-Money, driver bas tu tak bagi guna kupon tu. Kupon tu hanya sah jika
bayar cash! Kuikuikuikui…so Paan terpaksa lah redha yang dia punya T-money dah
kena tolak sama macam kami. Kelakar jugak time tu. Tempoh masa nak sampai di
area guesthouse dalam 1jam lebih.
Pemandangan sepanjang jalan memang menarik. Bunga sakura (tak tahu nama
apa) kembang mekar. Putih je pokok, macam salji.
Setelah sejam lebih, sampai juga kami di SunKyun Kwan
Station. Oh ya..lupa..ini dalah pertama kali aku naik bas kena pakai seat belt.
Then kami menapak menuju ke guesthouse (refer map ok). Receptionist cakap kami sampai awal sangat
sebab sepatutnya check in pukul 11. Tapi depa tak kesah and allowed us to check
in first. Kami dikehendaki membayar full amount dahulu, tak ingat berapa tapi
tak silap aku RM250 untuk 6hari. Murah kan?? Kami ambil bilik yang memang
cukup-cukup untuk kami berenam. Kira katil semua double decker, ala-ala back to
school la pulok. Tapi cantik and selesa. Selesai pilih katil masing-masing dan
kemas apa yang patut, pengembaraan kali bermula! Yeayyyy~
|
if dari simpang, korang akan nampak board ni jugak :) |
|
signboard Inside Backpackers kt tepi pintu |
|
ok, jauh sikit, nampak tak pintu masuk tu? bilik di tingkat 2 |
|
inilah bilik comel kami.. ada 3 double decker |
|
receptionist depan pintu, itu si gedik Paan..haha |
Day – 1
Namsan Tower & Teddy Bear Museum.
Dari hostel kami
jalan kaki ke subway Hyehwa. Dalam 10 minit jalan kaki tapi sebab kedai-kedai
sepanjang jalan tu menarik perhatian, so agak lama jugak nak sampai subway.
Yela, first time tengok, berenti posing ambil gambar tak terkira banyak. Dari Hyehwa, kena ambil Myeongdong Line 4
exit 3 ataupun Chungmuro Line 4 Exit 2. Subway dekat sana banyak exit dia.
Kekadang tu ada sampai 9 Exit, so kena berhati-hati lah. Mula-mula memang
pening dan konfius!
Dah sampai dekat Chungmuro, kena ambil shuttle pulok.
Shuttle ni memang direct ke Namsan Tower terus. Bila kami sampai dekat bus
stop, tengok panjang barisan nak naik bas yang sama. Bila bas sampai, barisan
tadi terus hilang, kira sama je dengan KL..hahaha.
Shuttle akan berhenti di kaki bukit Namsan. Aku ingat dah
sampai sebab dah nampak tower yang gah itu. Rupa-rupanya, kami baru sampai di
kaki bukit. View di kaki bukit pun dah cukup menarik.kira nampak
bangunan-bangunan di seluruh bandar Seoul. Dah selesai ambil gambar, kami
teruskan berjalan naik bukit, ohhh…sangat tinggi~ kami berhenti dipertengahan bukit sebab ada yang dah pancit..semput jugak
tau!
|
first pit-stop..pancit naik bukit! ha, belakang tu Namsam TOWER! |
Rasanya ada dalam ½ jam mendaki nak sampai ke hujung jalan (atas
bukit Namsan). Dah sampai atas tu, semua penat lelah tadi HILANG.. ..kami terus
pergi area kunci-kunci yang kononya orang ramai datang mengunci cinta mereka
disitu..errmm…karut-karut..selepas bebrapa minit, we decided to get ticket to
enter the tower and teddy bear museum. Total cost for both entry are 14000 won.
Yes I remember that coz has take the picture of the ticket..hehehe..
|
14000 won per entry for teddy bear museum and observation deck of Namsan Tower |
|
padlocks and N Seoul Tower |
|
us...missing one person as she's the photographer.. |
|
view from top of N Seoul Tower. |
|
padlocks tree |
|
beautiful flowers~ |
Kami diarahkan untuk menaiki lift menuju ke observation deck
( tak ingat level berapa) sebelum menuju ke museum. On the top of the tower,
they have souvenir shop and binocular for visitors. Another hot activity is buy
postcard and can send it over the country! Emy had made it and the funny is..the
card received when she’s already back to office..lol~
Next, we go to the teddy bear museum. Banyak sangat bear-bearnya dengan costume
ikot cerita/drama korea. Selepas itu kami pun pulang.. oh ya, bila dah sampai
stesen Hyehwa, kami salah keluar..banyak sangat exit, itu yang keliru..kekeke…@_@
|
teddy bear museum |
|
beautiful scenery |
|
ok, ni actually kami dah tersalah exit di Hyehwa station,jalan-jalan jumpa patung unik ni.. |
|
kami pantang jumpa cermin! di salah sebuah coffee shop ;p |
Day 2
Lotte World
Lotte company adalah company yang kira besar juga di Korea. Lotte ni bukan sekadar pusat hiburan, malah brand keluaran makanan,pakaian and penginapan. So Lotte World yang kami pergi ni lebih kurang macam Universal Studio or ala-ala Genting Highland laa..ok, kami pergi sana dengan tren..dari Hyehwa, transfer dekat Dongdaemun History & Culture Park, lepas tu ambil Line 2 pergi ke Jamsil and exit 4.
Bila dah keluar Exit 4 tu, kira kita dah berada dalam shopping complex Lotte, so kena la cari arah menghala ke Lotte World. Disebabkan kita ni foreigner, ada diskaun tau nak masuk Lotte world tu dengan syarat bawa passport!
|
in Folk Museum |
Lotte World ni adalah taman tema dalam bangunan yg terbesar jugak lah. Cuaca time tu sejuk, tapi tak rasa sebab dalam bangunan, tapi kalau game yang extreme like roller coster ia terletak dibahagian luar. Bila keluar dari bangunan, sejuk dia melampau-lampau sampai kena pakai glove!
|
playing their traditional game - pose je lebih! |
|
miniature |
Selain itu ada folk museum dalam lotte world tu. kira museum orang-orang korea zaman dolu-dolu. kami duduk dalam lotte world sampai lebam...heeheh...dah nak malam baru balik.
|
posing before naik "hot air ballon" |
Day 3
Nami Island a.k.a Nameosan Island & Seoul Mosque
Disebabkan Nami Island jauh,kami bersemangat bangun awal (walaupun cuaca sejuk). Perjalanan ke Nami Island mengambil masa yang agak lama. Kami terpaksa menukar beberapa train sebab nak budget kos. Train ITX yg is the fastest way, but more expensive cost as we don't have to change/transfer train (direct train). kami turun naik, tukar train sebab nak jimat, tapi lambat sikit la sampai.
Hyehwa station, Line 4 --> Dongdaemun Station, Line 4 --> Hoegi Station, Line 1 --> Sangbong Station (Jungang LIne) --> Gapyeong Station (Gyeongchun LIne).
|
while waiting train to Gaypeong |
korang boleh tengok alternative lain sebab takot datang dari tempat tinggal lain-lain dekat sini. Bila dah sampai Gapyeong, bukan bermakna korang nak sampai Nami Island yee...korang terpaksa naik teksi untuk pergi ke jeti..pasal apa pergi jeti??sebab nak naik boat laa...kan nak pergi Nami Island...pulau kan...hehehe..bas ada disediakan, tapi setiap 1jam, larat ke nak tunggu??haa...pikir-pikirkan lah.. ;p
|
Gapyeong Station..antara station yang cantik |
|
agak canggih teksi mereka |
sampai di jeti, kena beli tiket naik boat..harga dalam 8000 won kalau tak silap..ni dah include pergi dan balik. oh ya,kalau siapa-siapa berani, boleh guna flying fox dari jeti terus sampai ke Nami Island..yang tu, harga tak tahu, confirm lah lagi mahal..
|
pekan kecil sebelum sampai di jeti |
|
attractive cafe opposite the counter ticket |
|
the ticket |
|
pintu masuk sebelum tunjukan tiket |
|
beautiful flower~ |
perjalanan dari jeti ke Nami Islang ambil masa dalam 10 minit. Once reach the island, its free and easy time~ so, jalan lah sepanjang pulau tu.. paling famous dekat sana, of course la tempat shooting drama Winter Sonata.. alaa, ada gambar artis dia ja..aku pun mesti la posing dekat situ juge..ngeh..ngeh..ngeh..
|
this is our boat..or ship? |
oh ya! lupa nak cerita, uolls boleh jumpa surau dekat children library. ada juga halal restoran if korang lapar..tapi jangan harap la makanan malaysia...heheh...harga dia mahal, tapi kalau dah lapar, bedal je lah..
|
those "ballons" made by glass |
lama jugak kami jalan-jalan amek gambar around Nami Island, kira petang jugak lah baru kami pulang. balik naik boat tu, ada seorang pakcik warga tempatan nyanyi lagu korea untuk kami...malu pun ada sebab semua orang tengok kitaorang...hahah...pakcik tu nyanyi sepanjang perjalanan ke jeti..tak mahu berenti ok!..
|
belakang pintu gerbang ni lah children library tu! |
|
yes!!! with winter sonata's actor |
|
6 of us... |
|
inside children's library |
|
halal's restaurant |
|
pandangan dari sisi lagi satu |
|
dekat pintu masuk ada signboard Halal~ |
|
the menu.. |
|
my lunch - nasi, telur goreng, kimchi & air gas! |
|
taraaaa~ nilah pakcik yang menyanyi tuu... |
|
suddenly......its snowwwwww!!! -tipu je- |
ok, balik dari Nami Island, kami menuju ke Seoul Mosque..Masjid ni kira masjid terbesar di Seoul..terletak di Itaewon.. kami agak sesat jugak lah sebab dah malam, jadi penglihatan sudah kabur....hahah..
Itaewon adalah syurga makanan bagi orang korea.. sebab banyak sangat kedai makan dan kelab malam. kedai makanan halal hanyalah di sekitar masjid seoul. disebabkan kami sesat, kami masuk di kawasan kelab-kelab malam...fuhh...sudah lah penat, kelaparan lagi...kami jumpa orang putih, jadi terus tanya kedudukan masjid, rupa-rupanya seberang jalan lagi satu..
tengok map, memang kami sudah salah jalan..masjid itu terletak diatas bukit. mula-mula kami terpaksa menaiki tangga yang agak curam, 90 darjah ok! sangat penat.. dan sekali lagi kami hilang arah..
Alhamdulillah, niat kami untuk solat di masjid dimakbulkan..kami terserempak warga Turki (kalau tak silap) dan dia membawa menuju ke masjid itu..
|
tangga yang tinggi dan curam! |
|
bergambar dgn anak2 Afghanistan..they only can speak korean! |
|
seoul mosque |
|
ni macam sekolah agama..fully sponsor by son of king Fath (putera arab saudi) |
after that, we all mencari kedai makan...kan dah sampai area halal food...sepanjang jalan area masjid ni macam-macam kedai makan boleh jumpa..tapi kami pilih, satu kedai ni...pemiliknya warga indonesia..apa lagi, kami cakap melayu jelah...hahah....makan pun nasi goreng....ohh...baru dapat makan makanan melayu...time ni sangat kelakar...tapi pemilik tu sangat baik hati..
ok lah....sambung page seterusnya......
Comments
Post a Comment