pesanan ayah

mari-mari baca kisah teladan ini..ekceli aku tak ingat mana aku dapat sumber kesah ni..tak silap aku dalam radio..tak kesah lah mana-mana pun.yang pasti kesah ni terpahat di minda ku buat masa ni.

seorang saudagar telah memberi tips untuk mengembangkan empayar perniagaannya kepada 2 orang anaknya di saat-saat akhir sebelum menghembuskan nafas..berkatalah dia..

   "lindungilah diri kamu daripada sinaran matahari semasa menjalani perniagaan"
    "janganlah kamu meminta hutang daripada pelanggan"

************************************************************************



selepas beberapa bulan, ibu kepada dua orang anak saudagar melawat kedua-dua orang anaknya..dilihatnya anak yang pertama hidup dengan mewah dan bahagia akan tetapi anak bongsunya hidup makin melarat dan kesedihan. lalu bertanya lah si ibu kepada anak si bongsu..

ibu              : "wahai anaku, bagaimana kamu jadi begini?"
anak kedua : " saya jadi begini kerana mengikut pesanan ayah."

ibunya bertambah pelik..lalu bertanya lagi..

ibu              : "apa yang telah kamu lakukan sampai jadi begini?"
anak kedua : "ayah pesan lindung diri daripada matahari,jadi saya menaiki teksi untuk sampai ke kedai dan saya juga tidak meminta hutang daripada pelanggan2 saya. Oleh kerana itu,perniagaan saya semakin merosot."

barulah faham mengapa anak bongsunya jadi begitu..lalu si ibu bertanya soklan yang sama kepada anak sulungnya...


ibu              : "wahai anaku, bagaimana kamu jadi begini?"
anak sulung : " saya jadi begini kerana mengikut pesanan ayah."

aik..samo jo ngan anak bongsu tadi...bertanya lagi si ibu..

ibu              : "apa yang telah kamu lakukan sampai jadi begini?"
anak sulung : "ayah pesan lindung diri daripada matahari,jadi saya keluar di awal pagi (sebelum matahari terbit) dan pulang di malam hari ( selepas matahari tergelincir). Ayah juga pesan supaya jangan meminta hutang dari pelanggan, jadi saya tidak membenarkan hutang dalam perniagaan saya.."



sooo...apa yang korang dapat dari cerita ni??tak ada apa2? hurmm...yang sedaq diri tu baguihlaaa...

ibarat tepuk kepala, tanyalah minda....




Comments

Popular Posts