trip Gunung Kinabalu :: Part 1::

Salam....haloo~....Alhamdulillah aku selamat sampai rumah walaupun dalam keadaan tak sempurna. (sakit seluruh anggota badan)..

Kali ni entry pasal gunung kinabalu ni mesti panjang lebar...akan ku tulis setiap detik perjalanan ku nanti..cewahhh~...so, korang layan kan je k..

trek dari timpohon ke lower peak

Day 1 ( 25 March 2011)

9.15am

Ahli gerakan dengan penuh semangat gitu bangun awal,bersiap-siap untuk our biggest mission..Kami sampai di Kinabalu Park, Kundasang dalam pukul 9 lebih pagi,kalau tak silap..Di sini, kami diberi tag @ permit untuk masuk di pintu 1 , Timpohon Gate. Kalau tak ada permit, jangan harap korang boleh lepas gate ni..ada sport check gitu..
Dari Kinabalu Park ke pondok /pintu Timpohon,kami naik bas yang disediakan.Di sana kami di beri taklimat mengenai trek, cuaca dan sedikit pantang larang.

tag/permit pendaki


10.15am
Perjalanan kami bermula..dalam 15 minit pertama,kami lalu di tepi air terjun..wahh...agak teruja ok! ada 4 pondok untuk sampai ke kabin layang-layang. Setiap pondok ada toilet and air minom..air minom ni of course la air gunung..fresh gitu..

2.30 pm
aku n 2orang kawan sampai di kabin layang-layang..lain-lain still dalam perjalanan..cuaca kat kabin layang-layang ni memang sangat sejuk! lagi sejuk dari kat kinabalu park. dalam kul 3pm,semua dah selamat sampai di kabin layang-layang.

11.30 pm
kami bersiap-siap untuk meneruskan pendakian..kami aim sampai di Laban Rata pukul 2.45 am.

Day 2 (26 March 2011)

12.30 am
kami bergerak ke Laban Rata..semua kena pakai headlamp..sangat gelap..
cuaca sejuk ditambah dengan hujan renyai-renyai...

2.30 am
kami tiba di Laban Rata..sedikit lagi briefing sebab perjalanan makin sukar selepas ini..
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ok...STOP....perjalan aku sampai takat sini je..sebab aku dah tak larat..tak dapat bernafas dengan baik, dada aku sakit sangat..cuaca time ni 7 darjah Celsius...yang lain-lain teruskan perjalanan mereka..
seramai 8 orang je yang mampu teruskan perjalan..tu yang paling tinggi sampai pondok Sayat-Sayat je...hujan dan angin kuat..

5.00 am
sebelum gerak turun,aku lepak di Laban Rata ditemani guide kami, Naissu @ Nice..then aku gerak turun berdua je..cuaca sejuk gila plus tangan n kaki ku sampai mengigil-gigil..

7.00 am
aku sampai di kabin layang-layang. Terus naik katil,selubung ngan sleeping beg..bersiap-siap packing nak balik..

9.05 am
aku dan 4orang turun ke pondok Timpohon..lain- lain tak turun lagi..

12.00 pm

aku n k.ela sampai di pondok Timpohon.. check out dulu...then menuju ke kinabalu park kembali..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ni semua secara kasar je dulu..kasi warm up..details, baca entry seterusnya ya bah!

p/s : perkataang paling banyak aku gune ialah SEJUK ntuk setiap entry kinablu !! sejuk yg tak boleh di gambarkan.

Comments

  1. mana part2 nye adlina?
    kat blog aku dh kuar dh..tetiba doesn't exist..lol...delete or masuk dlm draft?hehe

    ReplyDelete
  2. hahah..yeke?aku msuk blk dlm draf sbb nk edit lagi..heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts